Saturday, August 25, 2018

📚 TALAQQI SURAH YASEEN BERSANAD📚



HADIS SAHIH KELEBIHAN MEMBACA SURAH YASIN DARI TAFSIR IBNU KATSIR

قَالَ الْحَافِظُ أَبُو يَعْلَى: حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ أَبِي إِسْرَائِيلَ، حَدَّثَنَا حَجَّاجُ بْنُ مُحَمَّدٍ، عَنْ هِشَامِ بْنِ زِيَادٍ، عَنِ الْحَسَنِ قَالَ: سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "مَنْ قَرَأَ يس فِي لَيْلَةٍ أَصْبَحَ مَغْفُورًا لَهُ. وَمَنْ قَرَأَ: "حم" الَّتِي فِيهَا الدُّخَانُ أَصْبَحَ مَغْفُورًا لَهُ"

Al-Hafiz Abu Ya'la mengatakan, telah menceritakan kepada kami Ishaq ibnu Abu Israil, telah menceritakan kepada kami Hajjaj ibnu Muhammad, dari Hisyam Ibnu Ziad, dari Al-Hasan yang mengatakan bahawa ia pernah mendengar Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah saw pernah bersabda: Barang siapa yang membaca surah Yasin di malam hari, pada keesokan harinya ia diampuni. Dan barang siapa yang membaca Ha Mim yang di dalamnya disebutkan Dukhan (surah Ad-Dukhan), pada pagi harinya diampuni.
Sanad hadis ini jayyid (baik)
Mengingatkan banyaknya hadis-hadis yang membicarakan keutamaan surah Yasin ini, maka ada sebahagian ulama yang mengatakan bahawa di antara khasiat surat ini ialah tidak sekali-kali ia dibaca dalam suatu urusan yang sulit, melainkan Allah akan memudahkannya
RUJUKAN : Muqaddimah Surah Yasin , Tafsir Ibnu Katsir



BIODATA IBNU KATSIR
Nama lengkap beliau adalah Abul Fida', Imaduddin Ismail bin Umar bin Katsir al-Qurasyi al-Bushrawi ad-Dimasyqi, lebih dikenali dengan nama Ibnu Katsir. Beliau lahir pada tahun 701 H di sebuah desa yang menjadi sebahagian dari kota Bashra di negeri Syam
Ibn Katsir membesar di kota Damsyik. Di sana, beliau banyak menimba ilmu dari para ulama di kota tersebut, salah satunya adalah Syeikh Burhanuddin Ibrahim al-Fazari. Beliau juga menimba ilmu dari Isa bin Muth'im, Ibn Asakir, Ibn Syairazi, Ishaq bin Yahya bin al-Amidi, Ibn Zarrad, al-Hafiz az-Zahabi serta Ibnu Taimiyah. Selain itu, beliau juga belajar kepada Syeikh Jamaluddin Yusuf bin Zaki al-Mizzi, salah seorang ahli hadis di Syam
Berkat kegigihan belajarnya, akhirnya beliau menjadi ahli tafsir ternama, ahli hadis, sejarawan serta ahli fiqh besar abad ke-8 H. Kitab beliau dalam bidang tafsir iaitu Tafsir al-Qur'an al-'Azim menjadi kitab tafsir terbesar dan tersahih hingga saat ini, di samping kitab tafsir Muhammad bin Jarir ath-Tabari.
Para ulama mengatakan bahawa tafsir Ibnu Katsir adalah sebaik- baik tafsir yang ada di zaman ini, kerana ia memiliki berbagai keistimewaan. Keistimewaan yang terpenting adalah menafsirkan al-Qur'an dengan al- Qur'an (ayat dengan ayat yang lain), menafsirkan al-Qur'an dengan as-Sunnah (Hadis), kemudian dengan perkataan para salafus soleh (iaitu para sahabat, tabi'in dan tabi'ut tabi'in), kemudian dengan kaedah-kaedah bahasa Arab

No comments:

Post a Comment

📚 TALAQQI SURAH YASEEN BERSANAD📚

HADIS SAHIH KELEBIHAN MEMBACA SURAH YASIN DARI TAFSIR IBNU KATSIR قَالَ الْحَافِظُ أَبُو يَعْلَى: حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْ...